Dasar Privasi
1. Siapa kami
Markenist ialah platform pemasaran digital yang dikendalikan oleh Zeinn Legacy (SSM: TR0306141-H, zeinn.my) ("kami"). Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, sebab kami menggunakannya dan cara kami melindunginya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang kami kumpul
Akaun
Nama, alamat e-mel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash oleh penyedia pengesahan kami). Jika anda daftar atau log masuk dengan Google atau Facebook, kami menerima nama, alamat e-mel dan ID akaun anda daripada penyedia itu.
Kandungan workspace
Maklumat brand, brief, kapsyen, gambar dan video yang anda muat naik atau jana, jadual post, laporan agent AI, rekod kelulusan dan log audit.
Perkhidmatan yang anda sambungkan
Kami hanya menerima data ini selepas anda sendiri menyambungkan perkhidmatan tersebut dan memberi kebenaran:
- Meta (Facebook dan Instagram): maklumat Page dan akaun Instagram, post dan statistiknya, akaun iklan, kempen dan prestasi iklan.
- WhatsApp Business: nombor telefon, nama profil dan mesej (termasuk media) daripada pelanggan yang menghubungi nombor perniagaan anda.
- Google: alamat e-mel akaun Google anda, fail Google Drive yang anda pilih sendiri (kami tidak boleh melihat fail lain), dan Google Sheets yang anda pautkan.
- Canva: senarai design anda serta design yang anda import atau hantar untuk diedit.
- Runway: tugasan dan hasil penjanaan video atau gambar.
- Kunci API AI (contohnya Anthropic Claude) yang anda masukkan.
Penyelidikan pasaran
Kandungan media sosial awam (teks post atau komen dan nama paparan awam) yang dikumpul untuk analisis trend dan pandangan pasaran.
Data teknikal
Cookie yang diperlukan untuk sesi log masuk, serta alamat IP dan log server untuk keselamatan dan penyelesaian masalah.
3. Cara kami menggunakan data
- Menyediakan perkhidmatan: mencipta content, menjadualkan dan menerbitkan post, analitik, inbox WhatsApp dan laporan.
- Menjalankan agent AI atas arahan anda.
- Menjaga keselamatan akaun, mencegah penyalahgunaan dan memberi sokongan.
- Mematuhi undang-undang.
Kami tidak menjual data peribadi anda dan tidak menggunakannya untuk iklan pihak ketiga.
4. AI dan automasi
Apabila anda menjalankan agent atau menjana content, data yang berkaitan (contohnya brief, statistik dan maklumat brand) dihantar kepada penyedia AI seperti Anthropic, Runway atau BytePlus untuk memproses permintaan itu, menggunakan kunci API atau akaun anda. Tindakan yang memberi kesan sebenar, seperti menerbitkan post atau mengubah bajet iklan, memerlukan kelulusan anda terlebih dahulu.
5. Data pengguna Google
Penggunaan dan pemindahan maklumat yang Markenist terima daripada Google APIs ke mana-mana aplikasi lain akan mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use. Khususnya:
- Kami hanya mengakses fail yang anda pilih sendiri (skop
drive.file) dan Sheets yang anda pautkan. - Data Google hanya digunakan untuk menyediakan ciri yang anda minta dalam Markenist.
- Kami tidak menjual data Google, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak menggunakannya untuk membangun atau melatih model AI umum.
- Tiada manusia membaca data ini kecuali dengan persetujuan anda, untuk keselamatan, atau jika dikehendaki undang-undang.
6. Kepada siapa data didedahkan
- Penyedia perkhidmatan yang memproses data bagi pihak kami, setakat yang perlu sahaja: Supabase (pangkalan data, storan dan pengesahan, di Singapura), Hostinger (hosting), serta Meta, Google, Canva, Runway, Anthropic dan BytePlus apabila anda menggunakan ciri berkaitan.
- Ahli workspace anda, mengikut peranan yang diberikan oleh owner atau admin.
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki undang-undang.
7. Pemindahan ke luar Malaysia
Data disimpan di Singapura dan mungkin diproses di negara lain (contohnya Amerika Syarikat) oleh penyedia yang disenaraikan di atas. Kami memilih penyedia yang mempunyai langkah perlindungan data yang munasabah.
8. Keselamatan
Semua sambungan menggunakan HTTPS. Token akses perkhidmatan yang disambungkan disulitkan (AES-256-GCM). Akses dikawal mengikut peranan dan row-level security pada pangkalan data, dan sesi log masuk disimpan dalam cookie HttpOnly. Tiada sistem yang 100% selamat. Jika berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda seperti yang dikehendaki undang-undang.
9. Data pelanggan anda
Bagi data pelanggan anda (contohnya mesej WhatsApp), workspace anda ialah pengguna data di bawah PDPA dan Markenist memproses data itu bagi pihak anda. Anda bertanggungjawab mendapatkan persetujuan yang perlu dan memaklumkan pelanggan anda tentang penggunaan data mereka.
10. Tempoh simpanan
Kami menyimpan data selagi akaun anda aktif. Token sambungan dipadam serta-merta apabila anda memutuskan sambungan. Apabila anda meminta akaun dipadam, data berkaitan dipadam dalam tempoh 30 hari, dan salinan sandaran dalam tempoh 90 hari, kecuali rekod yang wajib disimpan mengikut undang-undang.
11. Hak anda
Di bawah PDPA, anda berhak meminta akses kepada data anda, membetulkannya, menarik balik persetujuan, menghadkan pemprosesan dan meminta data dipadam. Hantar permintaan ke e-mel di bawah. Kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari. Cara memadam data diterangkan di halaman Pemadaman Data.
12. Cookie
Kami hanya menggunakan cookie yang diperlukan: sesi log masuk, workspace pilihan dan cookie sementara semasa log masuk dengan Google atau Facebook. Kami tidak menggunakan cookie iklan atau penjejakan pihak ketiga.
13. Had umur
Markenist bertujuan untuk perniagaan dan tidak ditujukan kepada individu di bawah 18 tahun.
14. Perubahan
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui e-mel atau di dalam aplikasi sebelum berkuat kuasa.
15. Hubungi kami
Zeinn Legacy (SSM: TR0306141-H)No 61, Jalan 8/9, Bandar Tasik Puteri,
48000 Rawang, Selangor, Malaysia
E-mel: zeinnlegacy@gmail.com