Pemadaman Data
Anda boleh memadam data anda daripada Markenist pada bila-bila masa. Pilih cara yang sesuai di bawah.
1. Putuskan satu perkhidmatan
Di dalam Markenist, tekan Putuskan atau Disconnect pada perkhidmatan berkenaan. Token akses perkhidmatan itu dipadam serta-merta.
- Facebook dan Instagram: halaman Post, bahagian akaun sosial.
- Google Drive dan Google Sheets: halaman Sambungan atau Content Studio.
- Canva: halaman Sambungan atau Content Studio.
- WhatsApp: halaman Inbox. Memutuskan nombor turut memadam semua perbualan nombor itu daripada Markenist.
Content yang sudah diimport ke Library kekal sehingga anda memadamnya sendiri, atau sehingga akaun anda dipadam.
2. Buang akses Markenist daripada akaun Facebook atau Google
- Facebook: buka Facebook → Settings & privacy → Settings → Apps and websites → pilih Markenist → Remove.
- Google: buka myaccount.google.com/permissions → pilih Markenist → Delete all connections.
Ini menghentikan akses Markenist kepada akaun tersebut. Untuk memadam data yang sudah disimpan oleh Markenist, buat juga langkah 3.
3. Padam akaun dan semua data
Dalam app: log masuk, klik nama anda di bahagian bawah menu kiri → Akaun saya → Padam akaun saya, kemudian taip e-mel anda untuk mengesahkan. Akaun dipadam serta-merta, dan salinan sandaran dalam tempoh 90 hari.
Melalui e-mel (jika anda tidak dapat log masuk): hantar e-mel ke zeinnlegacy@gmail.com daripada alamat e-mel akaun Markenist anda, dengan tajuk "Padam akaun Markenist". Nyatakan nama workspace jika anda mempunyai lebih daripada satu.
- Kami mengesahkan permintaan anda melalui e-mel.
- Akaun anda dan data berkaitan dipadam dalam tempoh 30 hari, dan salinan sandaran dalam tempoh 90 hari.
- Kami menghantar e-mel pengesahan apabila pemadaman selesai.
Jika anda owner sesebuah workspace, data workspace itu (content, post, laporan dan mesej WhatsApp) turut dipadam, dan ahli lain kehilangan akses. Jika anda hanya ahli, akaun anda dikeluarkan tetapi data workspace kekal milik owner.
Kami mungkin menyimpan rekod tertentu lebih lama jika dikehendaki undang-undang, contohnya rekod transaksi.
Pertanyaan
Zeinn Legacy (SSM: TR0306141-H)No 61, Jalan 8/9, Bandar Tasik Puteri,
48000 Rawang, Selangor, Malaysia
E-mel: zeinnlegacy@gmail.com
Lihat juga Dasar Privasi kami.